Wednesday, November 16, 2011

Bryan, Jun Hoong tambah koleksi


JUN HOONG menewaskan menewaskan rakan senegara, Yan Yee untuk memenangi pingat emas dalam acara 3 meter papan anjal.


PALEMBANG – Penerjun negara, Bryan Nickson Lomas menunaikan janji untuk menambah koleksi pingat emas buat kontinjen Malaysia apabila mengungguli acara 10 meter platform lelaki di Kompleks Sukan Jakabaring di sini semalam.

Anak kelahiran Sarawak itu mengumpul 500.80 mata menerusi enam terjunan untuk menewaskan rakan senegara, Ooi Tze Liang (445.25) di tempat kedua dan Nasrullah Muhammad (420.85) dari Indonesia, ketiga.

Kejayaan Bryan itu menjadikan acara terjun kini berjaya meraih lima daripada enam emas yang telah dipertandingkan setakat ini dan hari ini ada dua lagi emas yang ditawarkan.

“Persembahan saya biasa sahaja tetapi yang penting tetap menang emas seperti yang saya janjikan. Saingan tidak begitu sengit sepanjang pertandingan,” katanya.


BRYAN menunjukkan pingat emas yang dimenanginya bagi acara 10 meter platform semalam.


Turut membantu kontinjen negara menyapu bersih emas hari ketiga acara terjun semalam adalah Cheong Jun Hoong yang mengungguli acara 3m papan anjal.

Jun Hoong, 21, yang mengumpul 310.7 mata juga menewaskan rakan senegara, Ng Yan Yee (290.10) di tempat kedua dan penerjun Indonesia, Sari Ambarwati Sup, ketiga (270.6) .

“Saya masih perlu banyak berlatih walaupun menang emas di sini.

“Ini kerana prestasi saya perlu diperbaiki lagi,” kata- nya yang turut beraksi di Laos dua tahun lalu.”

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: