SHAH ALAM - Petang semalam, panel juri KUIZ MENANG SINAR yang terdiri daripada pihak Editorial Sinar Harian dan Jabatan Brand Sinar telah mencabut undi untuk Siri A.
Daripada ribuan borang penyertaan yang kami terima, hanya 12 pemenang sahaja terpilih.
Pemenang hadiah pertama memperoleh RM2,000, pemenang kedua menerima RM1,000 dan 10 pemenang saguhati menerima RM300 tiap seorang.
Siapakah pemenang-pemenangnya?
Keputusan rasmi akan anda ketahui pada edisi Ahad, 13 November ini.
Tetapi untuk memberi anda sekalian suspens, biarlah kami bayang-bayangkan sedikit, siapakah pemenang-pemenangnya.
Yang pasti, lima orang pembaca wanita berjaya memenangi salah satu hadiah ditawarkan.
Mungkin anda memenangi hadiah pertama, hadiah kedua atau hanya memperoleh saguhati sahaja.
Tetapi untuk memberi suspens lagi, anda bernama Marlinah, Siti Norahimah, Azfarhanna, Faaizah dan Siti Nor Lila berjaya memperoleh salah satu hadiah KUIZ MENANG SINAR!
Bagaimana dengan pembaca lelaki? Jika anda tinggal di Tengkera, Melaka; Kampung Dato Ahmad Said Tambahan, Perak; Bandar Puncak Alam, Selangor; Taman Sutera Prima, Pulau Pinang; Kampung Sentua Utan Aji, Perlis; Kg. Tok Dir, Terengganu atau di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, anda adalah di antara tujuh lelaki yang akan memenangi salah satu hadiah KUIZ MENANG SINAR!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: