
Adiba yang tersingkir pada minggu ketiga IK3 terus memperkenalkan suaranya kepada pendengar dengan memperkenalkan single pertama Biarkan Aku.
Menurut Adiba, single pertama mendapat sambutan yang memberangsangkan dari peminat dan sedikit sebanyak ianya mendorong Adiba untuk melangkah lebih jauh.
“Single pertama diterbitkan oleh Alfa Booty dari Rumie Music Lab (RML) dan akan dilncarkan selepas raya nanti. Bagi single kedua itu masih dalam perancangan dan belum dirakamkan lagi.
“Saya berharap agar peminat dapat menerima kehadiran saya ini dan terus menyokong memandangkan perjalanan masih jauh lagi dalam bidang ini,” katanya yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman Redzta Music & Entertainment.
Menurut Adiba, dia mula menceburi bidang nyanyian sejak berusia lima tahun lagi dan ianya mendapat sokongan daripada ibu bapanya sendiri.
“Saya mula menyertai pertandingan nyanyian ketika Darjah Tiga dan mewakili sekolah ke peringkat negeri.
“Selain seni vokal, saya turut menyertai aktiviti sukan olahraga di sekolah,” katanya yang turut terlibat dalam aktiviti sekolah seperti pertandingan bercerita, boria dan nasyid.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: