
Bertitik tolak dengan itu dan juga tanggungjawab yang digalas, Liza Hanim kini menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumah tangganya. Perkahwinan yang dibina bersama salah seorang anggota kumpulan Indigo iaitu Shah, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marsya Qistina, 8, dan Marissa Qaireen,2.
Jelas terpancar kebahagiaan dalam dirinya kini dan berharap ia kekal selamanya. Menyusuri bahtera bahagia, Liza kini lebih aktif sebagai usahawan.
Membuka perniagaan LH Media Sdn Bhd bersama suami tersayang, Liza mengakui ia bukan satu kerja mudah.
“Kami sudah membuka perniagaan ini sejak lima tahun yang lalu. Macam-macam yang syarikat kami buat. Ada tempahan pakaian, mengendalikan majlis, cenderahati dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, ia begitu memberangsangkan.
“Lagipun saya lebih selesa bekerja di belakang tabir. Dengan kerja ini saya dapat luangkan banyak waktu untuk anak-anak saya. Mereka sedang membesar dan memerlukan perhatian saya,” katanya yang kini hamil anak ketiga.
Masih merindui bidang nyanyian memandangkan itulah kerjaya pertamanya, Liza akur kerana tidak punya banyak waktu untuk merealisasikan minatnya itu.
“Saya harus utamakan keluarga. Bukan tak mahu buat album, cuma bila dah ada album, saya perlu tumpukan pada promosi yang makan masa yang lama. Keluarga adalah segala-galanya buat saya.
“Tapi, tidak meninggalkan terus bidang nyanyian dan lakonan, saya akan muncul dengan album amal Gaza bersama beberapa artis yang lain.
“Ini juga antara pengubat rindu saya. Album ini akan dilancarkan dalam masa terdekat. Walaupun hanya album amal, saya bersyukur kerana dapat memberi bantuan dan ia juga sebagai pengubat rindu saya pada bidang nyanyian,” katanya kepada Zass.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: