
Seiring dengan itu juga, TV Alhijrah, memberi pengisian yang lebih bermakna dan sesuai dengan bulan Ramadan. Pelbagai genre program dengan kandungan Islam yang kreatif dan menarik, dihidangkan untuk memenuhi selera penonton walaupun .
Sempena ‘Ramadan satu perjuangan’ TV Alhijrah akan menayangkan 17 program baru pelbagai genre. Antaranya, Muhasabah Ramadan, Taddarus Al- quran, Ramadhan di Australia, Juadah Iftar, Resepi Umi, Man Jada Wa Jada, One Month Ramadan in Kuala Lumpur, Chef, Umme, Hostel Ramadan, My Fasting dan Fattabiouni.
One Month Ramadan In Kuala Lumpur (Mulai 12hb Ogos, Setiap Jumaat, 9.30 Malam), merupakan sebuah dokumentari berorientasi drama yang mengikuti jejak seorang wanita bukan Islam dari Amerika Syarikat yang terbang ke Malaysia bagi menyahut cabaran dan merasai sendiri pengalaman mengerjakan Puasa di bulan Ramadan.
Sementara IHYA’ RAMADAN, Sebuah rancangan dakwah interaktif bersama-sama penonton sepanjang Ramadan, setiap hari jam 4.30 petang, secara langsung yang menyentuh mengenai perkara berkaitan peningkatan dalam amalan puasa. Penonton juga berpeluang untuk mendengar kuliah interaktif dan bersoal jawab dengan Ustaz Don Daniyal.
Bagi yang menggemari rancangan masakan, saksikan Juadah Ifta, setiap Khamis & Jumaat, jam 5.30 petang. Dikendalikan secara santai oleh Chef selebriti terkenal, Chef Iskandar, program ini menyediakan dua juadah menarik pada setiap episod yang pastinya akan memberi manfaat kepada penonton untuk menyajikan makanan berkhasiat bagi berbuka puasa serta bersahur.
Tidak ketinggalan, drama kanak-kanak, Hostel Ramadan, (Mulai 5 Ogos, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 6 petang), yang mengisahkan ragam kehidupan para penghuni asrama ketika kali pertama menyambut bulan Ramadan. Para penonton pastinya terhibur dengan gelagat pelakon-pelakon tanah air seperti Anne Ngasri, Muhammad Syami Abd Hamid, Mohammad Amir Aizat dan Daniel El-Arash.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: