Sunday, August 7, 2011

Koleksi abaya, tudung D Eksklusif


Abaya kanak-kanak dari material yang selesa dipakai.


PESONA wanita Asia Barat menyarung abaya atau jubah mencetus fenomena tersendiri dalam arus fesyen muslim hari ini. Sebagai impak, wanita muslim tidak kira dari mana ceruknya termasuk Malaysia mula mengenakan pakaian yang asasnya hanya bercirikan labuh dan berwarna hitam atau kusam ini.

Bagaimana-pun, sejajar dengan perkembangan fesyen semasa, abaya juga melalui satu revolusi yang menakjubkan. Ia diberi pelbagai sentuhan dalam usaha menyerlahkan lagi penampilan, namun tetap menampilkan ciri-ciri sopan dan memenuhi tuntutan syariat.

Istimewa jenama D Eksklusif yang diasaskan Datin Suhaila menampilkan himpunan abaya dengan perincian bersulam batu swarovski, kristal, benang dan manik indah yang diimport dari Korea. Terdapat dalam pelbagai warna seperti hitam, biru gelap, merah bata, ungu gelap, hijau buah zaitun dan pelbagai lagi. Taburan perincian di bahagian lengan dan belahan hadapan menjadikan pemakaian abaya D Eksklusif cukup menawan. Variasi daripada yang ringkas sehingga sarat memenuhi tujuan pemakaian sama ada untuk harian atau menghadiri majlis istimewa.

Tidak terhad kepada saiz wanita dewasa dan remaja, label ini turut menyediakan abaya kanak-kanak dari warna-warna terang yang menawan.

Tidak ketinggalan D Eksklusif turut menghasilkan tudung istimewa menggunakan material yang diimport Itali dan Jepun. Keistimewaan tudung label ini adalah keluaran yang terhad untuk setiap rekaan iaitu sebanyak 40 helai sahaja dan ia tidak akan dihasilkan lagi. Menggunakan 'awning' 100 peratus material sutera asli Thailand, ia tahan dan mudah dicuci.

Pelbagai warna dihasilkan dan sesetengahnya diberi perincian taburan swarovski berkilau. Paling diminati pelanggan terutama ahli-ahli korporat dan orang kenamaan adalah rekaan tudung scallop dan berpintal. Juga menerima tempahan memenuhi saiz tudung yang diingini pelanggan. Istimewa sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, D Eksklusif turut menawarkan baju kurung dewasa, remaja dan kanak-kanak dari material crepe Itali serta benang kapas Jepun.

Label ini turut menyediakan tempahan khas pakaian bagi muslimin yang ingin menunaikan umrah dan haji. Lebih istimewa, khidmat selepas jualan turut disediakan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: