Thursday, August 4, 2011

Rumah anak yatim pusat ‘minta sedekah’


Stesen minyak menjadi salah satu lokasi bagi kanak-kanak yatim memungut derma.


KISAH anak-anak yatim memungut derma di kedai-kedai makan, bank-bank atau stesen-stesen minyak terus kedengaran.

Walaupun pihak berkuasa sering membuat serbuan besar-besaran bagi membanteras kegiatan memperalatkan ‘peminta sedekah cilik’ ini, namun, tiada tindakan susulan dilakukan.

Maka timbul persoalan, adakah kewujudan rumah-rumah kebajikan terutama yang tidak berdaftar di negara ini lebih kepada ‘ada udang di sebalik batu’ memandangkan anak-anak yatim lebih mudah meraih simpati orang ramai?

Persoalannya, siapa yang bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka? Jika perkara ini dibiarkan, apakah nasib atau masa depan anak-anak ini apabila mereka besar nanti?

ikuti laporan wartawan unit khas Utusan Malaysia, AZRAI MOHAMMAD dan SITI NURAZLINA JAMALUDIN serta jurugambar ZAINI HUSIN dan SAHARUDDIN ABDULLAH mengenai isu ini.

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Penggunaan kanak-kanak dalam menjalankan aktiviti ‘meminta sedekah’ dengan berselindung di sebalik nama institusi atau rumah anak-anak yatim dikesan kembali aktif.

Malah, dalam tinjauan yang dilakukan wartawan unit khas Utusan Malaysia di sekitar Lembah Klang baru-baru ini mendapati, sebuah pusat tahfiz anak-anak yatim di Kedah yang pernah diarah menghentikan operasinya serta-merta oleh pihak berkuasa, masih menjalankan aktiviti mereka.

Dengan alasan mengumpul dana, para pelajar pusat tahfiz beralamat di Kuala Kedah itu meminta simpati orang ramai sambil menjual cakera padat (CD), madu, buku agama serta barangan lain.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: