Sunday, August 7, 2011

Inovasi penjagaan kepala




KESIBUKAN bekerja sering menjadi halangan untuk wanita dan lelaki menjaga rambut. Pengabaian penjagaan rambut akan menyebabkan kulit kepala mengalami masalah. Dalam konteks ini, kepala akan mengalami kelemumur, berminyak dan gugur.

Antara masalah kepala yang sering dialami oleh wanita ialah kelemumur.

Setiap daripada kita berdepan dengan masalah kelemumur pada tahap keseriusan yang berbeza. Boleh dikatakan secara puratanya, 50 peratus daripada populasi penduduk negara menderita masalah kelemumur .

Namun fenomena ini adalah perkara biasa, tidak kurang yang hilang keyakinan dan imej diri apabila berdepan dengan masalah kelemumur yang serius.

Penderita kelemumur berasa malu kerana kepingan-kepingan kering berwarna putih bertaburan di kolar baju, bahu dan rambut.

Bahkan wanita yang bertudung secara senyap-senyap menyembunyikan masalah kelemumur yang mereka hadapi.

Hakikatnya masalah ini dikaitkan dengan kebersihan peribadi yang lemah, penggunaan produk kurang yang berkualiti atau tidak bersesuaian serta berkongsi sikat dengan penderita kelemumur.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, syampu anti kelemumur, Clear bekerjasama dengan Akademi Dermatologi Antarabangsa (IACD) untuk menghasilkan kaedah penyelesaian terbaru untuk tujuan pemulihan dan kesuburan kulit kepala.

Kajian tersebut dilakukan selama empat tahun dan berjaya menghasilkan Nutrium 10 bagi penjagaan kulit kepala wanita dan Pro Nutrium 10 untuk lelaki.

"Terdapat perbezaan ketara antara jantina dan keperluan kulit kepala.

Ujian dan kajian semasa yang dijalankan mendapati kulit kepala lelaki dan wanita berbeza daripada segi fisiologi.

Penemuan ini mendorong saintis Clear untuk membentuk dan mengolah rumusan Nutrium 10 untuk menangani masalah kulit kepala berbanding syampu biasa yang hanya membilas kepingan kelemumur iaitu penyelesaian sementara," ujar Pengurus Jenama Clear, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, Vicky Lim.

IACD mengesahkan rumusan ini dapat menangani isu perlindungan kulit kepala dengan tiga langkah iaitu menyingkirkan kulat yang mengakibatkan kelemumur dan kemudiannya meletakkan bahan aktif antimikrobial di seluruh kulit kepala. Bahan berkenaan akan menembusi kulit kepala sedalam tiga lapisan bagi tujuan pemulihan, memberi khasiat serta perlindungan bagi membina sistem pertahanan untuk melawan kulat yang mengakibatkan kelemumur (Malassezia).

Justeru itu, penggunaan secara berterusan dapat membantu memberi rawatan optimum untuk setiap helaian rambut, sekali gus menjadikan serat rambut lebih lembut, licin dan mudah diurus.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: