Sunday, August 7, 2011

Berjaya hasilkan produk sendiri




Cuaca panas di awal Ramadan lalu tidak menjadi penghalang wanita ini meneruskan sesi fotografi di luar studio.

Memilih sebuah kelab rekreasi menunggang kuda, pemilik nama sebenar Farahsuzie Suleiman sebenarnya minat pada aktiviti lasak.

Berpuasa bukan halangan Farahsuzie melakukan sesuatu yang digemarinya lebih-lebih lagi aktiviti itu baik untuk kesihatan fizikal.

“Tidak semestinya kita hanya berehat di rumah di bulan puasa. Aktiviti seperti menunggang kuda akan menjadi seronok lebih-lebih lagi ia dilakukan bersama keluarga. Cuma kita perlu berpada-pada melakukan aktiviti luar agar tubuh badan tidak terlalu lemah. Tenaga perlu disimpan untuk meneruskan amal ibadat pada waktu malam seperti Tarawih dan membaca al-Quran,” jelasnya yang kini menjual kerongsang Korea Selatan.

Berkongsi rahsia penampilan, Farahsuzie memilih untuk menggunakan minyak tanpa alkohol agar lebih segar di bulan puasa.

Jika orang lain mengutamakan solekan untuk kelihatan cantik, berbeza dengan wanita ini kerana dia yakin wangian boleh menyerikan wajah dan memberi kesegaran.

“Kebetulan saya meminati minyak wangi sejak remaja lagi. Justeru itu, minyak wangi tidak pernah lekang daripada beg tangan saya. Saya juga telah memulakan perniagaan sendiri hasil bantuan suami, Ahmad Kamil Arifin Mokhtar, saya berjaya menghasilkan produk haruman tanpa alkohol yang diberi nama, Dd’s Perfume,” ujarnya yang ligat menceburi pelbagai bidang perniagaan sejak remaja lagi.

Dengan moto, ‘dekat di hati selalu’, Farahsuzie berharap minyak wangi ini menjadi pilihan umat Islam tatkala mencari alternatif haruman tanpa alkohol ketika menjalankan ibadat puasa.

Farahsuzie boleh dihubungi di talian 012-3422271 atau layari www.ddsperfume.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: