Thursday, August 4, 2011

Boy Hamzah bergetar jumpa Kiera

"Inilah pujaan hati saya... yang kebetulan ditemui di lokasi shooting ini yang bikin hati saya berdebar-debar... berbeza dengan apa yang saya lalui sebelum ini.

"Saya kenal dia sudah lebih dua minggu. Masa itu saya rasa jantung saya tak boleh diam. Saya bertanya... Ya Allah adakah ini orangnya yang saya selalu meminta doanya," kata pelakon kacak Indonesia, Boy Hamzah pasal wanita yang membuatkan dia mudah jatuh cinta, seorang pelakon baru, Kiera.

Imej dalam watak masing-masing dalam drama

Kiera atau nama penuhnya Kiera Sabirah Jaafariah adalah pelakon yang sama-sama berlakon dalam drama Dikejar Surga yang kini sedang rancak menjalani penggambaran. Ia sedang ditayangkan di saluran MNC di Indonesia.

Pada awalnya dia akui ragu-ragu kalau perasaan itu hanyalah sekadar cinta lokasi semata-mata. Tapi menyedari timbulnya perasaan berlainan dalam dirinya dan dia tidak dapat melupakan gadis itu, lalu Boy segera menyatakan cinta.

Kiera dah bawa Boy jumpa famili.

"Saya rasa tak main-main dan saya juga tak mahu kehilangan dia, maka saya ucapkan cinta saya," kata Boy yang kini dapat ditonton lakonannya di TV Malaysia menerusi sinetron Nikita.

Boy juga sempat berkenalan dengan keluarga Kiera malam sempat bersahur bersama selepas selesai menjalani penggambaran. Dia nampak kebaikan keluarga wanita itu yang membuatkan dia lebih yakin untuk meneruskan hubungan mereka.

“Pacar saya ini orangnya manja, apa-apapun yang dia mahu, harus dituruti dulu. Kalau dia sedang membeli-belah, kena selesaikan dahulu sebelum cari restoran untuk makan.

"Saya kena banyak bersabar sebab dia anak tunggal. Doakan saja semoga Lebaran tahun ini saya tidak sendiri lagi, ada kekasih dan keluarga baru,” kata Boy melalui BBM kepada Mangga Online hari ini.

Pelakon filem Dalam Mihrab Cinta itu juga seronok bercerita pasal Kiera malah apabila ditanya media pasal hubungan mereka, Boy tidak mahu berselindung malah berterus terang meluahkan rasa hatinya yang begitu berbunga-bunga terhadap Kiera.

"Doakan Lebaran kali ini saya tidak sendirian lagi," kata Boy kepada Mangga Online.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: