Thursday, August 4, 2011

Yoyok mahu ke pusat pemulihan

Bekas suami Rossa, Yoyok kini sedang menjalani hukuman penjara setahun tiga bulan kerana kesalahan penggunaan dadah. Dia kini dalam proses memohon daripada mahkamah untuk dipindahkan ke pusat pemilihan.

Kesnya didengar di Pengadilan Negeri Jakarta Pusat kelmarin. Yoyok yang ditemui oleh media Indonesia mengakui mahu menjalani pemilihan daripada ketagihan dadah.

"Di mana-mana pun, tempat pengguna atau korban dadah tempatnya di pusat pemulihan bukannya dipenjara. Harapan saya macam itu," kata Yoyok pasal kesediaannya untuk memasuki pusat pemulihan kepada portal lipstiktv.com.

Kes bekas suami Rossa yang juga pemain dram kumpulan Padi itu akan disambung semula minggu depan. Dia dihukum penjara kerana kesalahan memiliki syabu seberat 6.4 gram.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: