Monday, August 1, 2011

Antabax, Mydin lancar kempen



Antabax, rangkaian produk penjagaan diri dengan kerjasama Mydin Mohamed Holdings Bhd, pemilik rangkaian runcit Mydin, melancarkan kempen Wash-Eat-Wash (Wewa) sempena Ramadan ke seluruh negara bagi melindungi mereka yang membeli-belah ketika bulan puasa.

Kempen selama sebulan ini akan ‘melindungi’ 16 tandas di empat pasar raya Mydin di Subang Jaya (Selangor), Kuala Terengganu (Terengganu), Melaka dan Kubang Kerian (Kelantan) yang akan dibekalkan dengan cecair cucian tangan antibakteria Antabax dan diberi bahan ilmiah tentang kebersihan tangan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: