Monday, August 1, 2011

Omni Mal perkenal edisi Al-Kitabu



Seperti Ramadan sebelum ini, Omni Mal Agencies Sdn Bhd sentiasa tampil dengan pelbagai jenis kurma yang didatangkan dalam pembungkusan tertentu dan kali ini ia dibungkus dalam bentuk buku dikenali sebagai Gurun Emas siri Al-Kitabu.

Edisi Al-Kitabu adalah inovasi yang dibangunkan syarikat dan diyakini mempunyai nilai estetika tersendiri.

Kurma Gurun Emas edisi Al-Kitabu (The Book) merupakan seni cipta kreatif dalam pembungkusan Omni Mal pada 2010, dengan menawarkan pembungkusan kurma berkualiti seperti, Ajwah dan Piarum dalam bentuk buku.

Omni Mal memilih menampilkan kurma dalam bentuk buku kerana dipengaruhi faktor ketinggian khasiat yang terkandung di dalam buah itu.

Ia juga bagi membuktikan tingginya penghormatan dimiliki kurma yang turut menyumbang dalam perubatan dan ekonomi.

Edisi Al-Kitabu didatangkan dalam tiga versi iaitu, Kurma Piarum 250 gram (RM17.70); Kurma Piarum 500 gram (RM33.70); dan Kurma Ajwah 100 gram (RM39.70). Produk Omni Mal kini berada di pasaran se-luruh Malaysia. Maklumat lanjut boleh hubungi 09-7733663 (Habsah).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: