![]() |
| REKAAN Vera Wang menjadi pilihan pemenang Pelakon Wanita Terbaik tahun lalu, Sandra Bullock ke Oscar tahun ini. |
SETIAP tahun, sudah menjadi tradisi Anugerah Academy atau Oscar apabila ia bukan hanya dilihat sebagai pentas pengiktirafan untuk karyawan seni Hollywood.
Tetapi, ia sudah menjadi medan peragaan untuk para pelakon dan artis dalam memperagakan setiap busana yang menyaluti tubuh mereka.
Bukan sembarangan busana, setiap daripada mereka yang hadir mendapat sentuhan mewah daripada pereka fesyen terkemuka untuk diperagakan di karpet merah.
Untuk edisi ke-83 tahun ini, penampilan fesyen oleh artis-artis ternama Hollywood ke majlis anugerah yang cukup berprestij ini juga tidak kurang hebatnya.
Pelbagai rekaan dan warna dapat dilihat di karpet merah Oscar apabila kebanyakan daripada mereka hadir dengan penampilan yang cukup menawan.
Penggunaan warna merah juga tidak terlepas daripada menjadi pilihan beberapa orang aktres terkenal sekali gus meletakkan mereka dalam kelompok pakaian terbaik seperti mana yang dapat dilihat menerusi paparan ini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: