Saturday, March 26, 2011

Kaki botol kacau

TUMPUAN...beberapa pelanggan di kedai terbabit.
TUMPUAN...beberapa pelanggan di kedai terbabit.
TERBUKA...pekerja kedai terbabit melayan pelanggan membeli arak.
TERBUKA...pekerja kedai terbabit melayan pelanggan membeli arak.

KUALA LUMPUR: Penduduk di Jalan Perhentian, Sentul, di sini, kurang senang dengan gelagat sekumpulan kaki botol yang berkelakuan tidak senonoh serta mengganggu ketenteraman awam selepas meminum arak di sebuah kedai di situ.

Lebih teruk, perangai mereka bagaikan kanak-kanak kecil yang membuang air kecil di tepi jalan tanpa rasa malu selain mengacau orang awam yang lalu lalang di situ terutama wanita.


Difahamkan, kumpulan terbabit mula memenuhi ruang depan kedai itu pada jam 4 petang hingga larut malam.

Tinjauan Metroplus di kedai terbabit mendapati beberapa pelanggan melepak sambil bertukar-tukar jenis minuman keras.


Pemilik kedai dipercayai melakukan kegiatan itu dengan berselindung di sebalik perniagaan makanannya apabila ‘bunting’ besar diletakkan di kanan dan kiri kedai terbabit bagi mengaburi mata pihak berkuasa.


Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Rama, 46, berkata dia sudah tidak tahan melihat perbuatan jelik itu dan terkejut dengan tindakan kedai terbabit yang menjual minuman keras secara terbuka.

Katanya, sebagai kawasan yang menjadi tumpuan pelbagai peringkat masyarakat dan ramai pelajar sekolah juga akan melalui tempat itu, kumpulan pemabuk itu tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian.“Selepas mabuk, mereka akan membuat bising seperti menyanyi, menjerit dan merapu perkataan yang bukan-bukan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga akan bergaduh tanpa diketahui puncanya.


“Tindakan terbabit mengganggu penduduk berhampiran lebih-lebih lagi penduduk di Rumah Pangsa Perhentian,” katanya di sini, baru-baru ini.Rama berkata, mereka dipercayai suka berkumpul di kedai itu kerana harga minuman keras yang ditawarkan murah iaitu serendah RM1.30 hingga RM5.


Pelbagai aduan kepada pihak berkuasa sudah dilakukan, namun tiada tindakan diambil.


Justeru, dia menggesa mereka memantau perkara ini kerana penjualan secara terbuka seperti ini boleh mendorong kepada lebih ramai untuk membeli minuman keras.


Sementara itu, Penolong Kanan Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Abdul Wahabi Abdullah, berkata pihaknya perlu memeriksa kedai terababit terlebih dulu sebelum mengenakan tindakan.


“Kami tidak boleh menuduh pemilik kedai itu menjual minuman keras secara haram hanya disebabkan dia menjual minuman berkenaan dengan harga murah.


“Minuman itu murah mungkin kerana ia buatan tempatan dan bukan luar negara. Bagaimanapun, saya akan mengarahkan beberapa pegawai ke kedai terbabit bagi melakukan pemeriksaan sama ada dia mempunyai lesen sah menjual minuman itu atau tidak,” katanya ketika dihubungi.

1 comment:

  1. Apa dah jadi tu ? Tu lah apabila Kerajaan Negeri tidak ambil berat tentang keselamatan rakyat kerana terlena oleh seribu mimpi, mimpikan nak duduk di Putra Jaya. Jadi apa dah jadi, oleh itu rakyat sekarang perlu sedar apa yang patut dilakukan menjelang PRU13 akan datang, PILIH LAH BARISAN NASIONAL UNTUK KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT. Selagi DAP...? ? ? tengok lah sekarang, tepuk DADA tanya IMAN.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: