Wednesday, March 9, 2011

Ibrahim Pendek kebanggaan Malaya

Tingginya hanya 130 sentimeter. Walaupun tubuhnya kecil, namun bakat seninya tiada bandingan. Itulah Ibrahim Pendek atau nama sebenarnya Ibrahim Hassan.

Dilahirkan pada tahun 1932, Ibrahim Pendek berjaya mencipta nama pada zaman kegemilangan Studio Jalan Ampas. Anak kelahiran Taiping, Perak ini merantau ke Singapura untuk mencari rezeki pada usianya 20-an.

Bermula sebagai operator projektor di Studio Jalan Ampas pada sekitar tahun 1953, kemudian menerima tawaran sebagai budak pejabat sewaktu bersama Run Run Shaw, iaitu pemilik tempatnya bekerja.

Menetap bersama seniman S Sudarmaji, bermulalah penglibatannya sebagai pelakon. Daripada watak sampingan, Ibrahim Pendek terus mendapat kepercayaan hingga untuk berlakon filem Panggilan Pulau bersama P Ramlee, S Kadarisman dan Normadiah.

Pihak Universal International, Hollywood yang mengadakan lawatan ke Studio Jalan Ampas waktu itu tertarik dengan lakonannya menerusi filem Ali Baba Bujang Lapok.

Lantaran itu, terus dilayangkan surat tawaran kepadanya untuk berlakon sebagai pembantu seorang doktor di dalam filem Hollywood.

Bermula detik indah itulah, Ibrahim mencatat sejarah agung perfileman Melayu kerana menjadi pelakon Melayu pertama berlakon di dalam filem Hollywood bersama Rock Hudson dan Gene Rowlands menerusi filem The Spiral Road pada tahun 1962.

Tertutupnya Studio Jalan Ampas di Singapura, Ibrahim berhijrah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kerjayanya. Di antara filem yang dibintanginya adalah Keluarga Si Comat, Penyamun Tarbus, Setinggan dan Serampang Tiga, manakala filem terakhir lakonannya adalah XX Ray, arahan Aziz M Osman.

Ibrahim Pendek menghembuskan nafas terakhir pada 25 November 2003 pada usia 71 tahun. Ketika itu umat Islam menyambut Aidilfitri.

1 comment:

  1. Di sini saya ingin berkongsikn sesuatu..
    Saya pernah berjiran dgn arwah sebelum Allahyarham meninggal dunia.. Di akhir hayat dia masih berniaga nasi lemak utk menampung hidup keluarga bersama isterinya.. Bayangkan dia hanya duduk di rumah flat kos rendah di tkt 17(yg mana lif selalu rosak dan beliau hanya mampu menumpang di rumah2 jiran tkt bawah sbb xlarat nk daki tgga)...di Bdr Permaisuri Cheras KL.
    Setiap hari saya nmpak dia bangun seawal 4 pagi supaya tak bersesak dlm lif dgn penghuni lain ke premis perniagaan dia yg wallahuallam sy xtahu di mana...
    cuma kenderaan yg dia ada iaitu keta nissan buruk warna biru (model saya xingt..) dan akhirnya bila dia meninggal.. muzium amik keta tu sbg kenangan..

    Inilah riwayat hidup 'Ibrahim Pendek kebanggaan Malaya' sebelum beliau menghembuskn nafas terakhirnya.. yg ceritanya tk kurg sedihnya jika dibandingkn dgn Allahyarham Tan Sri P.Ramlee...
    Bagi saya xperlulah kita terlalu mengagungkn insan yg telah mati jika masa hidupnya kita tidak pernah ambil peduli....
    apa yg penting kita sedekahkn Alfatihah buatnya dan juga insan2 yg telah mencuit hati kita semua melalui filem2 dan lagu2 mereka sepanjang hidup kita di bumi Msia ini.. Hanya Allah shj dpt membalas jasa mereka...amin

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: