Monday, March 14, 2011

Hebatkah Merong Mahawangsa?



Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) terbitan KRU Studios menjadi antara filem paling dinantikan sejak awal pembikinan. HMM muncul filem epik tempatan pertama berjaya memperoleh kutipan kasar hampir RM500,000 ketika hari pertama tayangan, pada 10 Mac lalu.

Sambutan hangat penonton terhadap HMM menelan belanja kira-kira RM8 juta itu secara tidak langsung memberi petanda baik untuk pembikinan filem bergenre epik di Malaysia.

Jika diikutkan pembikinan dua filem epik sebelum ini, Puteri Gunung Ledang dan Lembing Awang Pulang Ke Dayang, sukar mendapat tempat di hati penonton sehingga tidak mendapat kutipan memberangsangkan.

Namun, kehebatan HMM sehingga mendapat 72 negara untuk ditayangkan nyata melakar sejarah baru dalam industri perfileman Malaysia.

Pengarah HMM, Yusry Abdul Halim turut menggunakan kepakarannya dalam teknik imej janaan komputer (CGI) untuk menghasilkan latar belakang berkonsepkan sejarah serta latar fizikal melibatkan empat kapal, perkampungan Melayu pada abad kedua, pelabuhan kapal, set penggambaran istana di Rom, China dan pelabuhan Goa di India.

Dianggarkan 3,000 shot menggunakan teknik CGI.

Yusry berkata, pembikinan HMM menguji kesabarannya kerana perlu menghadap karya kali ini lebih dua tahun. Ada ketikanya, Yusry mengakui hampir putus asa.

Yusry mengakui tidak berpuas hati dengan apa dihasilkannya itu dan berharap penonton dapat menerima kerana ia adalah hasil kerjanya dua tahun lalu.

“Filem ini dihasilkan dua tahun lalu. Jadi selepas dua tahun, saya rasa sepanjang tempoh itu, masih banyak perkara boleh saya perbaiki.

“Bagaimanapun, saya masih menaruh harapan peminat industri akan menyokong karya saya ini. Namun, saya tidak meletak sebarang sasaran tentang kutipan filem ini dan hanya mahu penonton melihat serta menilai hasil kerja saya,” katanya berhasrat membawa pulang Anugerah Academy kerana mematuhi syarat menayangkan filem itu ke Amerika Syarikat.

Menerusi pratonton HMM pada 8 Mac lalu, terdapat karyawan dan penggiat industri seni tanah air hadir melihat kehebatan filem ketiga arahan Yusry itu.

Ikuti komen karyawan dan penggiat industri seni tentang HMM.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: