Saturday, March 26, 2011

Erdan sediakan busana hangat artis

Busana Widyawati dalam proses

Beberapa jam lagi Panasonic Gobel Awards 2011 akan berlangsung di XXI Ballroom, Bangunan Jakarta Theatre, Jakarta Indonesia. Pasti artis yang terlibat sedang bersiap sedia untuk memeriahkan acara penuh glamor itu.

Bukan sahaja artis, pereka dan pekerja mereka juga akan berhempas pulas untuk memastikan artis yang menyarungkan busana rekaan mereka akan tampak terserlah dan bergaya.

Asmirandah

Inilah busana yang akan dipakai oleh Asmirandah!

Pereka terkenal di kalangan artis Indonesia, Erdan juga antara pereka yang sedang sibuk di sebalik kemeriahan acara itu. Nah! Erdan dan pekerja butiknya masih menyiapkan busana untuk Asmirandah, Widyawati, Deswita dan Indy Barens pada saat ini.

Foto-foto ini dirakam petang ini, kira-kira lima jam sebelum Erdan menghantar busana itu kepada pihak stesen penyiarnya, RCTI.

Artis yang akan pakai nanti pastinya mendapat busana yang masih hangat baru dikeluarkan dari kilangnya.

"Sememangnya kalau terlibat dalam acara di TV beginilah saya. Bukannya bekerja last minutes, sebaliknya jadual artis juga padat untuk diadakan fitting. Selepas dibuat fitting semalam, barulah kami mula menjahit labuci," kata Erdan.

Erdan tidak menghadapi masalah menyiapkannya kerana dia memiliki pekerja yang cukup.

Di butiknya, ada tukang jahit serta pekerja khusus menjahit labuci. Dia sendiri akan memastikan sentuhan akhir sebelum dihantar kepada artis.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: