Monday, March 7, 2011

Dua destinasi satu harga


Ab. Rahim Mohd. Ali (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ab. Rahman Mohd. Ali bersama replika cek kerjasama antara Poto Travel & Tours dan Mega, Utusan Malaysia.


MELIHATKAN keindahan bunga sakura yang sedang berkembang mekar, seolah-olah menjadi tanda kelahiran semula jadi buat Korea.

Jika dibandingkan antara iklim yang terdapat di negara empat musim itu, musim bunga merupakan yang paling ditunggu-tunggu oleh masyarakat setempat.

Kedatangan musim tersebut bermula sekitar bulan Mac hingga Mei diraikan bersama pelancong asing yang turut tidak mahu melepaskan peluang menikmati keindahan kemuncak musim terbaik di Korea.

Antara pesta musim bunga yang sentiasa mendapat sambutan ialah perayaan meraikan sansuyu (bunga cornus), maehwa (bunga aprikot) dan sudah tentu beotkkeot (bunga ceri).

Istimewanya pada musim bunga 2011 kali ini, Poto Travel & Tours dan sisipan Mega, Utusan Malaysia menawarkan pakej istimewa buat pembaca setia akhbar Utusan Malaysia.

Para pembaca ditawarkan peluang melawat dua destinasi iaitu menikmati keindahan musim bunga di Korea dan membeli-belah di bandar Ho Chi Minh, Vietnam dengan tawaran pakej serendah RM3,300.

Pengurus Pemasaran Poto Travel & Tours, Ab. Rahim Mohd. Ali berkata, pakej tersebut dibuka kepada dua kumpulan mengikut tarikh yang diingini iaitu sama ada pada 14 hingga 20 April atau 19 hingga 25 April.

Beliau berkata, harga tersebut termasuk tiket pergi balik dari Kuala Lumpur ke Korea dan Vietnam, penginapan hotel, segala lawatan yang diatur termasuk tiket untuk memasuki tempat lawatan, makanan halal, upah pemandu pelancong, caj visa dan cukai lapangan terbang.

“Melihatkan perkembangan di luar jangkaan ketika program Menjejaki Tembok Besar China lalu, kini Poto Travel & Tours berkerjasama sekali lagi dengan Mega, Utusan Malaysia bagi menganjurkan program ke negara lain.

“Destinasi pilihan kali ini, Korea dan Vietnam pasti mengujakan setiap peserta dengan pelbagai hadiah istimewa yang eksklusif bakal diberikan dari pihak pelancongan kedua-dua buah negara tersebut,” katanya.

Menurutnya, selain lawatan ke Yeoudo Street yang terkenal dengan bunga sakura, para peserta lawatan akan dibawa berkunjung ke tempat pengambaran filem Winter Sonata-Pulau Nami, Suwon dan Everland (taman tema seperti yang terdapat di Movie World-Gold Coast, Australia).

Di samping itu peserta juga akan dibawa berkunjung ke pasar terkenal Namdaemun, bandar Seoul, Istana Kyongbok, Blue House (kediaman Presiden), Outlet Ginseng Kebangsaan dan Ben Than Market.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus Poto Travel & Tours di talian 03- 92006640 atau layari laman web www.pototravel.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: