Tuesday, March 15, 2011

Battle: Los Angeles filem box office


Aktor Aaron Eckhart bergambar sempena tayangan perdana Battle: Los Angeles di Pawagam Regency Village di Los Angeles pada 8 Mac lalu.


NEW YORK 14 Mac - Filem blokbuster musim panas, Battle: Los Angeles mendapat sambutan hebat ketika tayangan pembukaan dengan meraih jualan tiket berjumlah AS$36 juta (RM109.4 juta), baru- baru ini.

Filem yang mencapai box office ini dibintangi Aaron Eckhart sebagai askar veteran yang mengetuai platun tentera laut menentang makhluk asing.

Battle: Los Angeles tidak mendapat ulasan yang baik, tetapi filem aksi cereka sains terbitan Colombia Pictures dan Sony yang mengingatkan penonton kepada filem yang dicalonkan dalam Oscar pada 2009, District 9 ini mendapat sambutan di kalangan penonton lelaki seramai 68 peratus dan kempen pemasaran yang cemerlang.

Presiden pengedaran seluruh dunia, Rory Bruer berkata, ia umpama menyiarkan filem musim panas pada musim bunga dan ia merupakan filem yang mengujakan.

"Pastinya ada kaitan antara Battle: Los Angeles dan District 9 iaitu jualan tiket tayangan pembukaan yang hampir sama banyak dan pengarah kedua-dua buah filem ini ialah warga Afrika Selatan," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: