Monday, March 28, 2011

Azura teruja susuri Bunohan

AZURA...menguji bakat dalam bidang lakonan menerusi filem Bunohan (gambar kanan).   FADZLUN...kembali memperaga selepas berpantang tiga bulan (gambar kiri).
AZURA...menguji bakat dalam bidang lakonan menerusi filem Bunohan (gambar kanan). FADZLUN...kembali memperaga selepas berpantang tiga bulan (gambar kiri).

PEMBABITAN Tengku Norazura Tengku Awang, 36, atau Azura dan Fadzlun Abas, 29, atau Fadzlun dalam dunia peragaan bukan baru. Malah, mereka menjadi sumber inspirasi kepada kebanyakan pereka fesyen tempatan untuk menghasilkan busana dengan perincian hebat.

Masakan tidak, sebaik baju dihasilkan tersarung di tubuh dua peragawati hebat ini dan beraksi di pentas peragaan, pasti ia menjadi perhatian dan digemari ramai.

Perjalanan Azura sendiri dalam dunia fesyen sudah melangkah jauh apabila dipilih rumah fesyen terkenal Christian Dior untuk mem�peraga di kota Paris, Perancis.

Selain itu, wanita yang turut menjadi idola kepada peragawati muda ini masih terus bertahan dalam dunia fesyen sebagai ‘supermodel’ tempatan dan kerap menerima tempahan dari rumah fesyen ternama.Terbaru, Azura baru-baru ini turut mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan. Walaupun sebelum ini pernah tampil dalam beberapa iklan, hatinya tidak terbuka untuk menceburi bidang lakonan secara serius.


Bunohan filem arahan Dain Iskandar Said atau Dain Said yang juga pernah mengarahkan Dukun, berjaya menarik minatnya untuk menceburi dunia lakonan. Pastinya, perkembangan itu disambut baik peminatnya yang selama ini mengikuti perkembangannya dalam dunia peragaan.

Ditemui sewaktu menjayakan pertunjukan fesyen 5tars sempena sambutan ulang tahun ke-20 Harian Metro yang diadakan

di Dataran Merdeka, petang kelmarin, Azura mengakui mengenali Dain Said dan pernah bekerja dengan pengarah berbakat itu hingga membuka hatinya untuk mencuba bidang lakonan.

“Saya tahu kerja dihasilkan Dain Said. Saya juga pernah berlakon dalam beberapa iklan yang pernah dihasil�kan, jadi atas dasar itu saya tertarik untuk membintangi Bunohan apabila diberikan tawaran,” katanya.

Azura yang kelihatan anggun dalam busana ciptaan Hazwani Othman itu berkata, pembabitannya dalam filem Bunohan juga kerana tertarik dengan lokasi penggambarannya di Terengganu selain watak menarik sebagai Mek Yah.

“Seronoknya apabila saya memegang watak sebagai wanita berasal dari Terengganu kerana keluarga saya berasal dari sana. Jadi ia membuatkan saya gembira kerana dapat kembali kepada susur galur saya,” katanya.

Azura juga berasa bertuah apabila menerusi Bunohan dia digandingkan dengan beberapa pelakon hebat dan berpengalaman seperti Bront Palarae, Zahiril Adzim, Namron dan Faizal Hussein.

“Saya tidak menghadapi masalah untuk menghayati watak diberikan memandangkan tenaga kerja terbabit terutama pelakon mahupun pengarah sendiri banyak memberikan tunjuk ajar. Ia satu pengalaman baru yang menarik untuk diterokai. Saya juga berpeluang mendalami ilmu lakonan.

“Bagaimanapun, saya tidak bercadang untuk berlakon secara serius selepas ini. Segalanya bergantung sekiranya mendapat keizinan daripada keluarga terutama ibu.

“Saya memang begitu. Sebelum buat apa-apa pun, perlu mendapat keizinan ibu. Restu keluarga penting dalam apa juga yang kita lakukan. Selain itu, sekiranya tawaran datang daripada pengarah sama, mungkin saya akan fikirkan,” katanya.

Selain memperaga, Azura turut meminati bidang muzik dan sesekali menjadi deejay di kelab. Jelasnya, dunia peragaan mendedahkannya kepada muzik yang bagus, jadi pengalaman itu membolehkannya melaksanakan tugas sebagai deejay yang juga dianggap sebagai hobi bagi melepaskan tekanan kerja.

Sementara itu, Fadzlun yang turut dianggap sebagai model berkarakter apabila beraksi di pentas peragaan, mengakui pernah terlintas untuk menceburi bidang lakonan.

Ibu dua anak, Puteri Luna Raiza, 2, dan Puteri Heidi Zahra, 3 bulan, berkata, sebelum ini memang tidak pernah terfikir untuk berlakon tetapi selepas melahirkan anak kedua, tiba-tiba perkara itu terlintas di hati.

Katanya, niat itu turut didorong suami, Megat Khairul Anuar yang banyak memberi ruang untuk dia melakukan perkara digemari.

“Dunia peragaan memang sudah menjadi minat saya sejak dulu. Malah sewaktu bercinta, suami juga yang menggalakkan saya meneruskan bidang yang saya minati.

“Bagaimanapun apabila sudah mempunyai dua cahaya mata saya terfikir untuk melakukan sesuatu yang baru bagi melihat dan mencabar kemampuan diri. Namun peluang itu belum ada.

“Suami juga berpesan, sekiranya perkara yang saya mahu lakukan itu tidak melalaikan tang�gungjawab saya sebagai isteri, ibu dan rumah tangga dia tidak pernah menghalang.

“Apapun, kerjaya sebagai model masih menjadi keutamaan sekiranya saya mahu melakukan perkara lain,” katanya.

Pertunjukan fesyen 5tars ini menarik apabila Fadzlun kembali menjayakan pertunjukan fesyen di pentas peragaan selepas berpantang hampir tiga bulan.

Kembali dengan susuk tubuh langsing dalam masa singkat, kehadirannya berjaya memukau hampir 5,000 yang memenuhi dan menyaksikan pertunjukan fesyen yang dianjurkan Harian Metro.

“Sebaik melahirkan Heidi saya memang berpantang secara serius dan melaksanakan semua petua yang diajar oleh nenek moyang kita dengan menjaga makan dan bertungku sebaik mungkin. Malah pakaian yang disarung juga saya berikan penelitian agar ia dapat mengembalikan susuk tubuh diperlukan. Ia penting untuk kerjaya saya sebagai peragawati,” katanya.

Menyentuh mengenai bidang pengacaraan, jelas Fadzlun, dia pernah mencuba menjalani uji bakat untuk mengendalikan salah satu rancangan berbentuk fesyen terbitan Astro. Bagaimanapun rancangan untuk menerbitkan program terbabit telah dibatalkan.

“Mungkin sudah tertulis bahawa rezeki saya bukan dalam bidang pengacaraan. Atau bakat saya kurang menyerlah. Saya sendiri tidak terfikir untuk menceburi bidang itu secara serius.

“Namun kita hanya boleh merancang, mana tahu pada masa akan datang rezeki datang. Saya menerimanya dengan hati terbuka. Begitupun segalanya bergantung kepada restu suami,” katanya seraya mengakhiri perbualan.

5tars turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan artis seperti Amyza Adnan, Intan Ladyana, Alyah, Miera Liyana di pentas peragaan sebagai muse dan pertunjukan ini kerjasama dengan pereka fesyen terkenal tanah air seperti Rizman Ruzaini, Zery Zamry, Nik Erwan Roseli, Hatta Dolmat dan Hazwani Osman.


PROFIL

Nama Penuh: Tengku Norazura Tengku Awang
Panggilan: Tengku Zura atau Azura
Asal: Terengganu dan dibesarkan di Kuala Lumpur
Tarikh lahir: 9 Disember 1975
Umur: 36
Kerjaya: Model dan Pelakon
Hobi: Muzik, melancong dan membaca.


PROFIL

Nama Penuh: Fadzlun Abas
Panggilan: Fadzlun
Asal: Lenggeng, Negeri Sembilan
Tarikh lahir: 29 November 1984
Umur: 27 Tahun
Hobi: Bersukan, memasak dan melancong
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Pencapaian: Ketua Puteri Umno Lenggeng, Negeri Sembilan, atlit kebangsaan sukan bola jaring dan memperaga di minggu fesyen New York.
Pencapaian: Memenangi Anugerah Model Terbaik MIFA 2003, Model Paling Bergaya 2008, Menjadi Wajah Dior Asia Pertama.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: