Thursday, December 2, 2010

UTM-Proton hasilkan EV


MANTAN Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed melihat kenderaan elektrik Proton Saga di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) berjaya menghasilkan kenderaan elektrik (EV) dengan menggunakan model terbaru Proton Saga.

Penyelidikan selama 11 bulan itu adalah hasil usahasama 20 tenaga terdiri daripada pensyarah, pelajar, juruteknik UTM dan jurutera serta juruteknik Jabatan Penyelidikan Proton.

Menurut Ketua Jurutera Jabatan Penyelidikan Proton, Md. Ridzuan Md. Yusof, kerjasama berkenaan dibuat bagi mempromosikan hasil kerja tempatan yang setanding dengan kereta elektrik buatan luar negara.

“Ini adalah projek perintis dan selepas ini, Proton akan menghasilkan spesifikasi yang lebih menarik dan EV untuk model kereta Proton lain pula,” jelasnya pada sidang akhbar di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: