Friday, December 3, 2010

Tya Ariestya menyanyi pula

TYA jalani latihan vokal.
TYA jalani latihan vokal.

JAKARTA: Tya Ariestya bercita-cita untuk menjadi artis serba boleh. Selepas mencapai kejayaan dalam lakonan dan pengacara, dia kini sudah bersedia untuk terjun dalam bidang nyanyian pula.

Pengulas rancangan sukan itu kini sudah menjalani latihan vokal sebagai persiapan untuk menceburi dunia baru itu.


“Jika untuk menyesuaikan vokal sudah melakukannya sejak dulu lagi kerana saya mempunyai asas menjadi pengulas.

“Tetapi itu untuk menjadi pengulas.

“Jika untuk menyanyi, ia sudah tentu berbeza. Kerana itu, saya perlu menjalani latihan untuk itu,” katanya ketika ditemui sewaktu menjalani penggambaran klip video Super Mario di Jakarta Selatan, semalam.

Dalam pada itu, dia juga berkata sudah meluangkan masa untuk merakamkan single pertamanya, ‘Percayalah,’ bersama-sama kumpulan Abdul & The Coffee Theory.


“Banyak yang perlu saya belajar lagi,” katanya.


Namun, dia begitu yakin dengan karier baru pilihannya itu walaupun sedar banyak cabaran yang perlu dihadapi.“Ya, saya perlu yakin walaupun banyak pro dan kontra yang akan saya lalui kelak,. Tetapi, ia tidak akan menjadi masalah bagi saya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: