KULIM – “Saya tidak akan memaafkan isteri saya sampai bila-bila.”Itu kenyataan ringkas daripada G. Bimal Raj, 25, anggota polis berpangkat Lans Koperal yang hilang ingatan selepas dipukul isterinya dan dua lelaki lain dalam satu kejadian pada 10 November lalu.
Bimal Raj memberitahu, dia tidak menyangka isteri yang dikahwininya pada Mac tahun lalu sanggup bersubahat dengan dua lelaki lain hingga membuatkan dia koma hampir sebulan.
Mengimbau semula kejadian itu, dia mendakwa ketika itu dia bersama isterinya yang dikenali sebagai Kasturi, 25, pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana sakit pinggang.
Selepas itu, isterinya menawarkan diri untuk menghantarnya pulang ke rumah keluarganya di sini walaupun ketika itu hari sudah lewat malam.
“Ketika dalam perjalanan ke Kulim, tiba-tiba isteri saya yang memandu kereta telah membawa saya ke sebuah lorong yang gelap dan sunyi.
“Sebaik berhenti, saya cuba keluar dan ketika itulah dua lelaki yang dikenali sebagai Denish dan Steven menghampiri saya. Salah seorang kemudian memukul kepala saya dengan kayu hoki,” ceritanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Lunas di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: