KUALA LUMPUR: Juara One In A Million (OIAM) musim pertama, Low Sook Wee (Suki), 21, bakal muncul menerusi drama Taiwan berjudul The Gift.
Drama yang turut menampilkan pelakon tempatan iaitu Nicholas Teo dan pelakon wanita Taiwan, Cynthia Wang itu dijadual akan disiarkan di saluran Astro pada 21 Disember ini.
Buat pertama kalinya, dia menceburi bidang lakonan di luar dari Malaysia. Suki atau menjalani penggambaran di Taiwan selama empat bulan lalu.
“Drama ini mengisahkan tentang empat orang adik-beradik perempuan. Saya melakonkan watak seorang adik perempuan bernama Ruo Yu.
“Saya hanya mencuba untuk berlakon dalam drama ini setelah mendapat tawaran daripada syarikat produksi di sana,” kata Suki.
Tambahnya: “Kini, saya dapat mengembangkan prospek kerjaya saya yang tidak terikat sebagai penyanyi dan komposer sahaja tetapi saya juga sudah bergelar pelakon.”
Menyentuh tentang nyanyian, penyanyi lagu Ku Teruskan dan Never Say ini sedang merancang menghasilkan album terbaru.
Buat permulaannya, dia mahu memfokuskan kepada single berbahasa Melayu.
Selain itu, gadis kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini akan menjayakan sebuah persembahan muzikal Cina di Genting Highland dalam masa terdekat ini.
Pelajar Brooklyn College ini sedang mengikuti pengajian dalam bidang muzik secara berperingkat. Bagi memudahkan pembelajaran, Suki lebih mudah belajar secara dalam talian.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: