|
|
LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Selena Gomez menafikan bahawa terdapat insiden romantik antara dia dengan penyanyi kelahiran Kanada, Justin Bieber, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Sebelum ini terdapat gosip bahawa Selena dan Bieber menunjukkan aksi romantik apabila mereka memakan penkek semasa berada di Philadelphia.
"Ia hanya penkek. Siapa yang tidak suka penkek," kata Selena kepada rangkaian MTV News di New York pada Jumaat lepas.
Secara faktanya, kata Selena, Bieber yang berusia 16 tahun itu dianggapnya sebagai seorang adiknya.
Menurutnya, dia tidak pernah menganggap Bieber sebagai kekasihnya.
Selena yang berusia 18 tahun berkata: "Saya menyayangi Bieber. Semasa dia (Bieber) mahu datang dari Kanada (ke Amerika Syarikat) buat pertama kali, pengurusnya (Bieber) menghubungi saya dan dia menyatakan mahu berjumpa dengan saya dan dia merupakan seorang budak yang baik."
Kini, kata Selena, Bieber merupakan seorang penyanyi yang amat berbakat dan amat manja.
"Justeru, kami mula bekerjasama. Saya berasa seperti seorang kakak untuknya kerana saya mahu melindunginya," kata Selena.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: