SUNGAI SIPUT - Malaysia kini berada dalam landasan yang betul untuk menjadi negara pengeluar sel dan panel solar berkuasa tinggi kedua terbesar di dunia menjelang tahun 2020.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keyakinan adalah berdasarkan pertumbuhan permintaan global terhadap teknologi berkenaan dan potensi pemindahan pusat pengeluaran ke negara ini dari negara yang berkos tinggi.
"Tidak mustahil Malaysia boleh menjadi negara pengeluar kedua terbesar sel solar dengan menokok daripada 10 kepada 17 peratus jumlah keseluruhan bekalan dunia," katanya pada majlis pecah tanah kilang pengeluaran sel dan panel solar berkuasa tinggi milik Twin Creeks Technologies Incorporated (TCTI) di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: