Wednesday, December 15, 2010

Mata aktor X-Men lebam


HUGH JACKMAN bergayut pada wayar semasa menuruni bumbung di Opera House, Sydney semalam.


SYDNEY, Australia - Akibat hilang tumpuan, mata bintang filem X-Men, Hugh Jackman lebam semasa dia membuat aksi dramatik dalam siri bual bicara popular, Oprah Winfrey Show di sini semalam.

Jackman, 42, yang memakai abah-abah, turun dari bumbung pentas program televisyen itu di dewan pementasan Opera House di sini dengan menggunakan tali.

Namun, dia hilang tumpuan dan melanggar beberapa buah lampu semasa turun ke pentas.

"Oh Tuhan, dia terhantuk dengan kuat," kata Oprah, 56, selepas Jackman meninggalkan pentas itu.

Oprah berkata : "Tolong letakkan ais di matanya (Jackman).".

Kemalangan yang menimpa Jackman itu berlaku semasa aktor berkenaan menyertai episod akhir jelajah Oprah di Australia yang turut menampilkan bintang rap Jay-Z, kumpulan rock Bon Jovi, pasangan selebriti tempatan, Nicole Kidman dan Keith Urban, pelakon Russell Crowe dan vokalis U2, Bono.

Rakaman untuk program tersebut yang dibuat di depan 6,000 penonton itu terpaksa ditangguhkan seketika selepas Jackman dibawa keluar dari pentas untuk mendapatkan rawatan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: