Sunday, December 5, 2010

Lelaki sesat dua hari di hutan FRIM ditemui selamat




KUALA LUMPUR - Selepas lebih 48 jam tersesat di hutan simpan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong di sini, seorang lelaki ditemui selamat di Hutan Sungai Buloh berhampiran Hospital Sungai Buloh semalam.

Phan Chun Kiat (gambar), 33, ditemui pada pukul 1.50 tengah hari oleh sepasukan 20 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang melakukan operasi mencari dan menyelamat di kawasan hutan tersebut.

Ketika ditemui, mangsa sedang duduk di satu kawasan cerun dan berada dalam keadaan lemah selepas gagal mencari jalan keluar.

Jurucakap bilik kawalan JPAM berkata, mangsa dikatakan sesat dan terpaksa menjelajah di dalam hutan itu untuk mencari jalan keluar sehingga tersasar ke kawasan perhutanan Sungai Buloh.

"Ketika ditemui, dia kelihatan lemah kerana bertahan hanya dengan bekalan sebotol air mineral dalam tempoh tersebut.

"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan susulan," katanya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: