Selepas Pasha bercerai semasa kumpulan Ungu sedang hot, banyak yang menanti mahu tahu siapakah yang bakal memikat hati duda anak tiga itu. Akhirnya selepas tujuh bulan mengenali hati budi sang kekasih, Adelia, tanggal 28 November lalu Pasha melamar pramugari itu untuk menjadi suri hidupnya. Apa yang ada dalam diri Adelia sehingga memikat Pasha yang sememangnya menjadi pujaan ramai wanita itu? "Dia seorang yang sederhana. Tidaklah jenis yang melaram over. Lihat saja cara dia berpakaian, nampak kesederhanaanya. Kalau mahu beli baju mahal pastinya dia mampu, tapi semamangnya dia sudah seorang yang macam itu."Kesederhanaan itu membuatkan Adelia nampak mahal," kata Pasha pasal bakal suri hidupnya itu. Mereka merancang bernikah Mac depan. Adelia, 21, juga menerima diri Pasha, 31, seadanya malah menerima hakikat Pasha sebagai seorang selebriti yang menjadi idola ramai orang. Dia juga sedia sekiranya harus menjadi suri rumah sepenuh masa selepas mereka menikah nanti. Nikah dalam pesawat? Pasha belum dapat memberitahu bilakah tarikh dia akan bernikah keana masih sibuk dengan acara bersama Ungu yang baru muncul dengan single baru. Yang pasti acaranya bakal diadalah Mac depan. Adakah pada tanggal 22 Mac sempena ulangtahun Adelia yang ke 22? "Soal tanggal berapa tu kita berdua masih mencari tarikh yang sesuai. Saya sendiri sedang sibuk mempromosikan album baru dan Adel pula masih padat jadual terbangnya," kata Pasha.Walaupun Pasha belum fikirkan pasal tema majlis pernikahan, bapanya inginkan anak lelakinya itu bernikah dalam pesawat memandangkan bakal menantunya itu seorang pramugari. "Saya pernah usulkan kepada Pasha dan Adelia untuk bernikah dalam pesawat sahaja. Bernikah, keliling dengan pesawat dan turun di Bandung lalu mengadakan resepsi di halaman Monas (Monumen Nasional)," kata Syamsuddin Said, bapa Pasha. |
Wednesday, December 15, 2010
Kesederhanaan Adelia pikat Pasha Ungu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: