Friday, December 24, 2010

Kemalangan di rumah Bush


George W. Bush


DALLAS - Anggota-anggota polis dan ejen-ejen Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) bergegas keluar dari kediaman bekas presiden AS, George W. Bush di sini kelmarin selepas kereta yang dipandu seorang lelaki terbabas dan memasuki laman rumahnya.

Kejadian berlaku pada pukul 8.30 malam waktu tempatan dan anggota-anggota polis menghubungi ambulans untuk merawat pemandu berkenaan.

Laporan awal stesen televisyen KTVT-TV menyatakan, pemandu itu dalam perjalanan untuk melawat rakan-rakannya di kawasan kediaman Bush apabila kereta yang dipandunya tiba-tiba hilang kawalan.

Jurucakap polis Dallas, Warren Mitchell berkata, tiada ancaman terhadap Bush yang berada di dalam rumahnya pada waktu kejadian.

"Bush dan isterinya Laura berada dalam keadaan baik. Mereka menghargai kerja-kerja yang dilakukan oleh Perkhidmatan Rahsia AS dan polis Dallas dalam menangani insiden itu," kata pengarah komunikasi Bush, David Sherzer.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: