Friday, December 3, 2010

JLo halang klip video seks




LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Jennifer Lopez (gambar) kini bergelut bagi menyelamatkan imej bersihnya daripada tercemar, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi berusia 41 tahu itu terpaksa naik turun mahkamah bagi menghentikan bekas suaminya, Ojai Noa dan ejennya, Ed Meyer daripada menjual dan memasarkan beberapa klip video yang dirakamkan semasa perkahwinan mereka selama 11 bulan pada 1997.

Dalam satu klip video tersebut, Lopez yang lebih dikenali sebagai JLo dilihat berbogel semasa menaiki sebuah skuter di tempat awam, menurut beberapa dokumen mahkamah yang difailkan pada Selasa lepas.

Peguam Noa berhujah bahawa rakaman itu dibuat dengan kebenaran Lopez. Namun peguamLopez memberitahu, ia adalah untuk tujuan peribadi dan bukan untuk didedahkan kepada umum atau dijual bagi tujuan komersial.

Pendedahan mengenai klip video seks itu membimbangkan Lopez yang cuba menonjolkan imej bersih selepas dia berkahwin dengan penyanyi Marc Anthony dan mendapat sepasang anak kembar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: