
SOAL salah faham dan perang mulut sesama artis sudah menjadi lumrah dalam industri seni. Mereka ada mulut, telinga dan akal yang kreatif, orang senilah katakan.
Kes Faezah Elai satu hal lagi. Tak cukup dengan kenyataan bahawa senario hiburan itu 'busuk', tambah pula dengan gosip baru kononnya sedang bercinta dengan pengarah drama, Haikal Haniffa, sampaikan ada individu mendakwa, isteri si Haikal menghubungi bekas teman lelaki Faezah, Azad Jazmin untuk mengetahui cerita sebenar. Itu kisah minggu lepas.
Ini pula perkembangan terbaru tentang perbalahan Faezah dan Azad. Tak cukup dengan laporan polis, maklumat baru pula mengatakan Faezah sebenarnya sudah ketuk pintu bilik peguam.
Makin menjadi-jadi pula. Kononnya Faezah nak pasang peguam kasi amaran bertulis supaya Azad berhenti 'duk berteriak' begitu-begini lagi. Suka hatilah.
Cuma satu je nasihat Diva baik buat Faezah, Azad atau Haikal yang terpalit kontroversi itu.
Janganlah sikit-sikit nak pasang peguam, baik duit yang 'berkepuk' tu simpan buat beli rumah ke apa ke, daripada duk bagi percuma kat peguam buat apa, korang tetap juga bermasam muka.
ko cakap pandaila! kalo kena batang idong sendiri baru tau..orang mulut kurang hajak macam azad tu ingat boleh tutup mulut cam tu je ke? kena bagi amaran undang-undang, baru takut..kalo duit berkepuk, rumah berbijik, tapi hati sakit dengar azad duk berteriak wat ape kan?
ReplyDelete