Saturday, December 11, 2010

'Dikurung' dalam blok ais 24 jam


KLAUS FOX baring di dalam blok ais di Spittal, Austria baru-baru ini.


SPITTAL, Austria - Satu rekod baru dunia dicatat kelmarin oleh seorang ahli silap mata, Klaus Fox yang masih hidup selepas dia 'dikurung' di dalam blok ais selama 24 jam di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Sepanjang aksi itu, Fox menyimpan sebuah telefon bimbit bersamanya bagi menghubungi teman wanitanya, Sabrina Pichler, jika berlaku kecemasan.

Rekod dunia sebelum ini turut dicatatnya dengan masa lapan jam.

Fox dan kekasihnya berharap untuk mengumpulkan dana untuk Tabung Anggota Bomba dan Penyelidikan Kanser melalui aksi cemas berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment