Wednesday, December 1, 2010

Dewi Persik minta maaf




JAKARTA – Penyanyi dangdut popular, Dewi Persik (gambar) sekali lagi menjadi bahan gosip selepas gambarnya yang hampir mendedahkan payu dara tersebar di Internet pada hujung minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Tanpa berselindung, penyanyi berusia 25 tahun itu mengesahkan bahawa dia adalah model dalam gambar tersebut.

“Ya, itu adalah saya. Gambar itu gambar lama. Saya sendiri pun telah lupa bila ia dirakamkan,” katanya.

Menurutnya, gambar itu adalah gambar peribadi justeru, dia terkejut apabila mendapati ia kini menjadi bahan tontonan umum di Internet.

“Saya sememangnya gemar bergaya sebegitu dengan rambut panjang saya menutup payu dara. Gambar itu untuk suka-suka,” ujar Dewi.

Dia memohon maaf jika ada pihak yang tersinggung dengan gambar itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: