Friday, December 24, 2010

Dana Yayasan Maybank RM50j


NAJIB sambil ditemani Megat Zaharuddin (kiri) dan Abdul Wahid (kanan) meletakkan simbol 1Malaysia pada sambutan ulang tahun Maybank ke-50 di Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Yayasan Maybank yang bertujuan untuk memberi fokus kepada bidang pendidikan, kebajikan, pemeliharaan alam sekitar dan sukan telah menerima sumbangan awal bernilai RM50 juta.

Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor berkata, melalui yayasan tersebut yang dibangunkan sebagai meraikan ulang tahun Maybank yang ke-50, ia akan membolehkan institusi kewangan itu meningkatkan lagi usaha tanggungjawab sosial korporatnya pada masa depan.

"Kami akan melaksanakan kebaikan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di semua negara di mana kumpulan ini beroperasi," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: