
BEBERAPA pekerja mengangkat Adnan yang cedera akibat dirempuh kereta
semasa berpiket di hadapan kilang di Perai, Pulau Pinang semalam.
semasa berpiket di hadapan kilang di Perai, Pulau Pinang semalam.
BUKIT MERTAJAM – Seorang pekerja cedera apabila dilanggar sebuah kereta semasa mengadakan piket di hadapan kilang tempatnya bekerja di Perai di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa, Adnan Md. Zain, 22, berkumpul bersama kira-kira 200 pekerja kilang elektronik, Eaton Industries Sdn. Bhd. bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap majikan.
Mereka membantah tindakan majikan yang didakwa enggan mematuhi beberapa syarat perjanjian bersama yang telah dipersetujui di antara kedua-dua pihak sebelum ini.
Ketika itu, Adnan yang berada di atas jalan raya telah dirempuh oleh sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: