jangan lupa klik disini Loading page Loading page

Thursday, December 2, 2010

Bintang YouTube Taiwan


LIN YUN CHUN hadir di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur bagi memperkenalkan album terbarunya yang berjudul It's My Time.


LETAKKAN diri anda sebagai seorang yang tidak mempunyai rupa yang menarik tetapi hanya bermodalkan suara merdu. Lebih penting lagi, mempunyai suntikan minat yang mendalam dalam bidang nyanyian.

Kemudian video rakaman nyanyian anda dimuat turun ke dalam laman YouTube dan menjadikan anda seorang bintang dalam sekelip mata.

Begitulah perjalanan awal seorang jejaka berusia 24 tahun berasal Taiwan, Lin Yun Chun. Dia dianggap mempunyai penampilan yang unik, hingga ada yang menyatakan rambut dan gaya berpakaiannya sama seperti karakter Giant dalam animasi Doraemon. Tetapi itulah faktor yang membuatkan dia diingati di samping suaranya yang mampu mencapai nada yang tinggi.

Lin Yun Chun asalnya menjadi pencabar kepada para peserta dalam program realiti TV Super Star Avenue di Taiwan dengan menyanyikan lagu I Will Always Love You nyanyian asal Whitney Houstan. Video rakaman tersebut telah dimuat naik di laman YouTube dan telah ditonton lebih 8,900,000 kali dan menjadikan dia seorang selebriti Internet.

Akhir November lalu, Lin Yun Chun telah hadir ke Malaysia untuk memperkenalkan album serta mengadakan persembahan sempena pelancaran Yes - The Fastest 4G Mobile Internet With Voice. Sidang media yang berlangsung di Hotel JW Marriot bermula dengan memperkenalkan Lin Yun Chun atau dikenali juga Jimmy Lin serta album terbarunya yang berjudul It's My Time.Lin Yun Chun yang juga turut mempunyai album bahasa Cina berjudul Next Stop To The Future berasa bertuah kerana diberi peluang berkolaborasi dengan penerbit yang juga pemenang Anugerah Grammy, Walter Afanasieff dalam album It's My Time. Walter juga merupakan penerbit lagu My Heart Will Go On nyanyian Celine Dion.

Pernah membuat persembahan dalam program terkenal seperti The Ellen DeGeneres dan America's Got Talent, Lin Yun Chun menyatakan perasaan bangganya bergelar orang Asia dan dapat menyanyikan lagu berbahasa Inggeris dengan fasih.

"Bahasa Inggeris bukan bahasa pertuturan saya. Saya fikir menjadi seorang yang tidak fasih berbahasa Inggeris tetapi mampu menyanyikan dalam bahasa tersebut seolah-olah fasih menggunakan bahasa tersebut menjadikan masyarakat cepat mengenali saya," ujar Lin yang menggunakan khdimat penterjemah ketika sesi soal jawab berlangsung.

Tidak pernah belajar vokal secara profesional, Lin Yun Chun amat meminati penyanyi hebat, Whitney Houston.

"Dia mampu menyanyikan pelbagai nada dengan baik. Setiap nyanyian Whitney Houston mempengaruhi diri saya dalam semua aspek," katanya lagi yang turut meminati Susan Boyle dan Charice.

Ketika ditanya mengenai gaya rambutnya yang unik, Lin Yun Chun ketawakerana gaya tersebut merupakan salah satu faktor dirinya dikenali ramai.

"Sebenarnya saya tidak merancang untuk mempunyai gaya rambut ini. Sebelum ini saya juga mempunyai gaya yang lain.

"Saya muncul dalam program realiti TV dengan gaya ini dan orang mengenali saya. Stail rambut ini bukan selamanya tetapi buat masa sekarang saya selesa begini," tambah Lin Yun Chun lagi.

It's My Time memuatkan sepuluh buah lagu dengan dua buah lagu Inggeris, I Will Always Love You dan Amazing Grace. Kedua-dua albumnya sudah berada dipasaran sejak 20 September 2010.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: