
NAJIB menjelaskan sesuatu kepada Myung-Bak (kanan) semasa lawatan beliau ke Putrajaya semalam.
PUTRAJAYA - Malaysia berminat mengkaji kepimpinan mendalam Korea Selatan dalam teknologi nuklear termasuk reaktor nuklear pintar atau reaktor nuklear berskala kecil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Tindakan susulan perlu dilakukan, dan oleh itu kami mencadangkan penubuhan Majlis Perniagaan Malaysia-Korea Selatan supaya sektor swasta kedua-dua negara boleh meneroka dan berbincang cara dan kaedah untuk meningkatkan usaha sama antara mereka," kata Najib pada sidang akhbar bersama Presiden Korea Selatan, Lee Myung-Bak di sini.
Malaysia juga sedang mengenal pasti kekuatan yang dimiliki oleh syarikat Korea Selatan dalam teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui selain teknologi altenatif, katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: