Sunday, December 26, 2010

Baldwin saman Costner


Stephen Baldwin


NEW ORLEANS - Aktor kacak, Stephen Baldwin menyaman bintang veteran Hollywood, Kevin Costner berhubung sejenis mesin yang direka bagi membantu membersihkan tumpahan minyak Syarikat BP di Teluk Mexico, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Mesin itu pertama kali digunakan ketika penggambaran filem epik Waterworld lakonan Costner, 55, pada tahun 1995.

Dalam saman yang difailkan di Negeri Louisiana, Baldwin, 44, mendakwa, dia ditipu supaya menjual 10 peratus pegangannya dalam syarikat milik Coster pada harga AS$500,000 (RM1.5 juta) dan tidak diberitahu bahawa syarikat tersebut memeterai kontrak AS$52 juta dengan BP (RM160.9) juta untuk menjual 32 mesin itu.

"Plaintif (Baldwin) mengalami kerugian kerana defendan (Costner), menyembunyikan maklumat perniagaan supaya plaintif menjual pegangannya dalam syarikat itu dengan harga yang murah," menurut saman tersebut.

Baldwin yang popular menerusi filem The Usual Suspects, menuntut bayaran AS$3.8 juta (RM11.7 juta) iaitu 10 peratus daripada untung bersih hasil penjualan mesin-mesin pembersihan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: