KUALA TERENGGANU – Enam pekerja di pelantar minyak Bekok C yang dikendalikan Petronas Carigali Sdn. Bhd. (Petronas Carigali) melecur apabila pelantar berkenaan terbakar semalam.
Kejadian selepas tengah malam itu mengakibatkan Alias Abdullah, 52; Mohd. Hamzah Abdullah, 32; Mohd. Fauzi Ibrahim, 37; Mohd. Rishaudin Ismail, 32; Mohd. Ariff Farimi; 28 dan Zamri Wagiman melecur di muka dan badan.
Insiden berlaku ketika senarai 108 pekerja di pelantar yang terletak kira-kira 200 kilometer di luar pantai Terengganu itu baru menyelesaikan tugas sebelum melakukan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual.
Petronas Carigali dalam satu kenyataan memberitahu, kebakaran dapat dikawal ekoran tindakan pantas oleh Pasukan Respons Darurat di pelantar berkenaan bagi mengelak ia menjadi lebih serius.
“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan segera dan keadaan mereka kini dalam keadaan stabil,” kata kenyataan itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: