KHABARNYA Abby berang apabila tersiarnya gambar memaparkan kemesraan Memey bersama tiga buah hatinya Danish, Marissa dan Danisha ketika berkelah di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.
SS bukanlah hendak menyebelahi sesiapa, tetapi mengikut akal SS, Abby memang ada hak berasa marah. Sudahlah rumah tangganya diganggu sehingga berantakan dan terus runtuh menyembah tanah, sekarang Memey dengan bangga mempamerkan kemesraan dengan anaknya. Dalam perkara ini, tak kisahlah siapa yang goda siapa. Sama ada puncanya Norman goda Memey atau Memey tergoda dengan ketampanan Norman, tetapi yang pasti, Norman itu suami orang. Jika Norman menjeling, Memey tidak membalasnya tentu masalah itu boleh dielakkan. Tetapi hendak buat macam mana, perkara sudah pun terjadi. Jika benar Memey boleh terima anak Norman macam anaknya sendiri, janganlah menunjukkan kemesraan keterlaluan kerana ibu mereka ada lagi. Kalau benar pun sayangkan tiga beradik itu, sorok-soroklah sikit. Tolonglah jaga hati orang lain sama. Cuba letakkan diri awak dalam keadaan Abby. Siapa sanggup melihat kemesraan anak kandung dengan wanita lain? Bagaimanapun, SS tak faham seperkara, kalau dah begitu mesra bila lagi Memey dan Norman hendak makan nasi minyak? Takkan dah pergi ke mana bersama bagaikan sebuah keluarga bahagia masih dalam proses hendak kenal hati budi lagi? Itu dah kira alasan yang sangat melampau. Jangan pula jadi seperti kata pepatah, habis madu sepah dibuang. Tetapi Abby jangan risau, kasih sayang ibu kandung mengatasi segalanya dan syurga di telapak kaki ibu. Terbaru SS terlihat gambar Abby dan Norman menemani Danish pada hari pertama masuk darjah satu. Bagaimanapun, SS tak tahu pulak Danish bersekolah di mana mungkin sekitar Keramat atau Taman Melawati kerana Abby menetap di sana. Demi kebahagiaan dan kebajikan anak, nampaknya Abby dan Norman sanggup mengorbankan perasaan masing-masing. Begitulah hendaknya sampai bila-bila meskipun suatu hari nanti andainya Norman atau Abby mendirikan rumah tangga semula.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: