Monday, January 11, 2010

Sistem AP baru mula beri kesan


SEORANG petugas Mutiara Motors membuka bonet sebuah kereta mewah di Johor Bahru.

KUALA LUMPUR - Penambahbaikan Dasar Automotif Negara (DAN) yang dilaksanakan mulai 1 Januari lalu diharap menjadikan sektor automotif lebih berdaya saing namun sejumlah peniaga kenderaan import mula terasa kesannya.

Semuanya gara-gara perlaksanaan caj RM10,000 terhadap setiap permit import (AP) terbuka yang didakwa menjejaskan bisnes pengimport kecil.

Pengarah Urusan Mutiara Motors Sdn. Bhd., Mokhtar Ahmad berkata, para pengusaha dikehendaki membayar serta-merta RM10,000 bagi setiap AP yang diperoleh.

"Kita hendak minta kelonggaran sikit kepada kerajaan, agar syarikat pemegang AP membayar caj itu selepas menjual kereta (yang diimport)," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: