Wednesday, January 27, 2010

Sasar dua juta terbang ke India

AIRASIA Bhd (AirAsia) menyasarkan membawa dua juta penumpang ke India menjelang 2011 dengan pelancaran penerbangan terusnya ke lima bandar utama India iaitu Chennai, Bangalore, Hyderabad, Mumbai dan New Delhi bermula April depan.

TERBANG...kakitangan AirAsia ketika majlis pelancaran penerbangan AirAsia ke lima bandar utama India, semalam.
TERBANG...kakitangan AirAsia ketika majlis pelancaran penerbangan AirAsia ke lima bandar utama India, semalam.

AIRASIA Bhd (AirAsia) menyasarkan membawa dua juta penumpang ke India menjelang 2011 dengan pelancaran penerbangan terusnya ke lima bandar utama India iaitu Chennai, Bangalore, Hyderabad, Mumbai dan New Delhi bermula April depan.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes, berkata jumlah itu tiga kali ganda lebih tinggi berbanding 500,000 penumpang yang sudah diterbangkan ketika ini meliputi destinasi sedia ada di Tiruchiarappalli (Trichy), Kolkata, Kochi dan Thiruvananthapuram (Trivandrum).


Katanya, keempat-empat destinasi sedia ada itu mencatatkan purata 80 peratus daripada muatan penumpangnya.


Menurutnya, pelancaran itu bakal menyaksikan AirAsia menjadi satu-satunya syarikat penerbangan dari Malaysia yang akan terbang ke Bangalore dan Hyderabad dari Kuala Lumpur serta dari Pulau Pinang ke Chennai. “India antara negara paling berpotensi di dunia dan AirAsia menjadi satu-satunya syarikat yang menerbangkan penumpang ke destinasi paling banyak di India membabitkan 148 penerbangan seminggu. “Destinasi baru itu bukan saja melengkapkan pertumbuhan AirAsia di India, tetapi merangsang trafik udara kedua-dua negara,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran penerbangan AirAsia ke bandar itu di Kuala Lumpur, semalam. Pelancaran itu dilakukan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat. Hadir sama, Ketua Serantau Komersial AirAsia, Kathleen Tan dan Pengerusinya, Datuk Aziz Bakar. AirAsia akan memulakan penerbangan hariannya ke New Delhi, Mumbai, Bangalore, Hyderabad dan Chennai pada suku kedua dan ketiga tahun ini. Menurutnya, penerbangan ke Chennai, Bangalore dan Hyderabad akan menggunakan pesawat A320 dan Mumbai serta New Delhi oleh sekutunya, AirAsia X menggunakan pesawat Airbus A330. Penerbangan dari Pulau Pinang ke Chennai akan bermula pada 28 April manakala dari Kuala Lumpur ke Mumbai (6 Mei), Chennai (17 Mei), Bangalore (20 Mei), Hyderabad (20 Julai) dan New Delhi pada 4 Ogos.


Justeru untuk meraikan destinasi baru itu, AirAsia menawarkan harga rendah untuk tempahan mulai hari ini hingga 31 Januari bermula RM199 dari Pulau Pinang ke Chennai RM199, manakala dari Kuala Lumpur ke Chennai, Bangalore, Hyderabad (RM199). Manakala dari Kuala Lumpur ke Mumbai dan New Delhi pada harga RM299.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: