Saturday, January 9, 2010

Ribuan peminat Elvis berkumpul di Parkes


BEBERAPA peminat Elvis berjalan di sebuah stesen kereta api di Sydney semalam.

SYDNEY - Stesen kereta api Sydney dibanjiri ratusan peminat Elvis Presley yang berpakaian seperti bintang pujaan mereka itu bagi memulakan perjalanan ke sebuah bandar kecil untuk menyambut ulang tahun kelahiran ke-75 penyanyi berkenaan.

Lebih 10,000 orang dijangka menyertai mereka di dalam perjalanan selama enam jam dengan menaiki kereta api Elvis Ekspres ke bandar Parkes.

Perjalanan itu sejauh 300 kilometer dari barat Sydney.

"Sambutan seperti ini menyelamatkan bandar ini yang berada di dalam 'kemarau'," kata Datuk Bandar Parkes, Ken Keith yang semasa beliau menaiki Elvis Ekspres.

"Semua golongan menghadirinya termasuk golongan muda dan pemain ragbi. Ia sangat menyeronokkan," ujarnya lagi.

Sekumpulan artis memainkan muzik ciptaan Elvis bagi menghiburkan penumpang-penumpang yang memenuhi ruang gerabak sambil menari mengikut rentak muzik pujaan mereka.

Kumpulan artis itu akan mempersembahkan satu persembahan bersemangat untuk sambutan Hari Lahir hero pujaan mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: