Saturday, January 9, 2010

Remaja perempuan rompak bank di AS


IMEJ rakaman kamera tertutup menunjukkan seorang suspek perompak bank meninggalkan Bank First National di Cincinnati, Ohio pada Selasa lalu.



WASHINGTON - Seorang remaja perempuan yang berumur di antara 14 dan 16 tahun dan seorang budak perempuan kemungkinan berusia 12 tahun diburu polis kerana merompak sebuah bank di Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat (AS).

Pejabat Syerif Daerah Hamilton menyatakan satu rompakan dilaporkan berlaku pada waktu tengah hari di Bank First National di bandar Cincinnati, Ohio.

Menurut pihak berkuasa, kedua-dua perompak itu tidak membawa sebarang senjata.

"Kami tidak pernah berdepan dengan rompakan bank yang dilakukan remaja di kawasan ini," kata jurucakap jabatan syerif, Steve Barnett.

Remaja yang lebih tua itu menyerahkan nota kepada kakitangan kaunter bank tersebut untuk meminta sejumlah wang.

Mereka beredar dari bank itu selepas mendapat sejumlah wang yang boleh dikenal pasti dengan mudah kerana ia mempunyai petunjuk daripada bank tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: