Tuesday, January 26, 2010

Rentak aktif Reebok


GAYA santai yang bersesuaian dengan gaya hidup moden.


DUNIA fesyen hari ini semakin berkembang maju dengan penampilan pelbagai fesyen yang mengikuti aliran semasa.

Ia sejajar dengan penerimaan masyarakat setempat selain dapat memenuhi cita rasa masing-masing dalam menggayakan fesyen terkini.

Selain tampil dengan fesyen-fesyen formal dan santai, dunia fesyen tidak ketinggalan menampilkan fesyen bagi mereka yang aktif bersukan dan juga moden.

Baru-baru ini bertempat di Pusat Membeli-Belah 1 Utama, Bandar Utama, jenama sukan terkenal Reebok telah tampil dengan himpunan gaya aktif, ceria serta lincah.

Sesuai dengan mesej terkini yang cuba ditampilkan Reebok iaitu Reejoy, Reesport dan Reethink, Reebok ingin mengembalikan semangat kesukanan dalam apa jua dilakukan.

Dengan mesej yang cuba ditampilkan, Reebok dilihat cuba memberi peringatan kepada masyarakat luar bahawa bersukan merupakan satu aktiviti penting untuk diamalkan di dalam kehidupan harian.

Ini kerana bersukan dilihat satu aktiviti yang semakin dilupakan akibat kesibukan bekerja.

Ini dapat dilihat menerusi rona kemeja-T pada lelaki mahupun wanita yang boleh dipadankan dengan jean, seluar sukan atau skirt untuk tampak lebih santai serta kasual.

Sebagai sebuah jenama sukan yang bersifat moden, Reebok dilihat memenuhi cita rasa para pelanggannya dengan mereka bentuk setiap produknya dengan memberikan inspirasi kepada peminat-peminat sukan.

Bukan setakat itu, Reebok turut menampilkan beg sandang dan beg sukan yang nyata memenuhi selera anak-anak muda masa kini.

Sesuai digayakan mengikut umur, ia boleh diperoleh dalam pelbagai warna serta reka bentuk terkini.

Yang pasti ia bukan sahaja boleh dibawa untuk bersukan malah ia juga sesuai untuk aktiviti kasual.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: