![]() |
| RANTAI dan subang. |
Gaya seperti jatuh cinta pandang pertama melihatnya. Setiap kali menggayakan, ia melengkapi penampilan saya,” ujar Rozita Che Wan.
Begitulah ungkapan pelakon, Rozita ketika diberi peluang mencuba aksesori terbaru keluaran Avon.
Bagi wanita anggun itu, rekaan hiasan diri itu sungguh indah dan versatil. Ia berupaya mencetuskan sentuhan eksklusif untuk apa jua jenis busana yang dipakai.
Terbaru, Avon menyediakan aksesori yang sesuai dipadankan dengan busana kasual, ke pejabat atau untuk ke majlis-majlis.
“Sebagai selebriti saya sedikit pun tidak berasa teragak-agak untuk memakai barang kemas Avon kerana ia memiliki kelas tersendiri. Rekaannya sangat versatil. Koleksi ini adalah sentuhan terakhir untuk melengkapkan penampilan diri yang harus dimiliki setiap wanita,” ujarnya.
Dalam pada itu, menjelang April ini, Avon akan memperkenalkan satu koleksi eksklusif yang dinamakan koleksi Dream CZ.
Rangkaian barang kemas seperti asli itu diilhamkan daripada rekaan barangan kemas yang tidak lapuk ditelan zaman dan menjadi kegemaran setiap wanita.
Menggunakan batuan kubik Zorkonia yang dicanai halus, tidak dinafikan ia adalah kristal buatan manusia yang kelihatan seperti berlian asli. Meski nilainya tampak begitu mewah tetapi koleksi Dream CZ ditawarkan pada harga yang tiada tandingan dan mampu dimiliki setiap wanita.
Sementara itu, Pengurus Pemasaran Kelengkapan Rumah dan Fesyen Avon Malaysia, Hanim Sahrom menarik perhatian mengenai koleksi tersebut yang menurut beliau direka khas dengan teliti.
“Ia mempersembahkan keanggunan koleksi barangan kemas saduran berkualiti tinggi yang dijamin tidak pudar atau luntur warnanya. Selain itu, bahannya mematuhi standard saduran yang tinggi dan hanya menggunakan bahan metal terbaik seperti tembaga dan rhodium asli yang tahan lama. Koleksi Dream Cz juga dijamin selamat untuk mereka yang berkulit sensitif
dengan harga tawaran hebat hanya antara RM 39.90 dan RM 69.90. Dream CZ merangkumi 12 produk yang termasuk seleksi rantai, subang, kerongsang, gelang tangan , cincin dan jam tangan.
Koleksi ini akan mula dijual di pasaran mulai April 2010. Ia boleh dibeli dari semua wakil Avon dan semua butik kecantikan Avon di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian bebas tol Avon di 1800-22- Avon (2866) atau layari www.avon.my.com.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: