Monday, January 18, 2010

Padah bertengkar, 500 rumah terbakar


SEBAHAGIAN penduduk setinggan semalam mencari barang yang terselamat selepas 500 buah rumah terbakar di Manila kelmarin.

MANILA - Perbuatan sepasang suami isteri membaling lampu minyak tanah ke arah satu sama lain semasa bertengkar menyebabkan kebakaran sehingga 4,000 orang penduduk setinggan di Manila kehilangan tempat tinggal kelmarin.

Pihak polis kini menyiasat sama ada laporan mengenai perbuatan pasangan itu menyebabkan kira-kira 500 buah rumah hangus dijilat api di Manila.

Dalam kebakaran itu, seorang budak perempuan berumur lima tahun terbunuh.

Ketua Jabatan Bomba Manila, Bonifaco Carta berkata, tiga orang turut cedera setelah api merebak di kawasan Baseco, iaitu sebuah kawasan setinggan seluas kira-kira 50 hektar di daerah Tondo, di sini dan sukar dipadankan kerana kedudukan rumah yang terlalu rapat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: