Monday, January 18, 2010

Kempen selamatkan kereta Saab


BEBERAPA buah kereta klasik Saab menyertai konvoi ke ibu pejabat syarikat kereta itu di Britain semalam.


LUTON - Sejumlah pemilik kereta Saab di Britain bergerak dalam satu konvoi dengan tujuan untuk menyokong usaha menyelamat syarikat pengeluar kereta dari Sweden itu daripada diambil alih oleh syarikat lain.

Pemilik-pemilik kereta Saab itu berkumpul di sini semalam sebelum memandu ke ibu pejabat Saab di Britain dan menamatkan perjalanan di Duxford.

Mereka turut menampal pelekat yang mengandungi mesej untuk menyelamatkan jenama Saab pada kereta masing-masing.

Sebelum ini, terdapat laporan bahawa General Motors yang memiliki syarikat kereta Sweden itu akan menghentikan pengeluaran kenderaan itu kerana masalah kewangan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: